Isnin, 31 Disember 2012

HAI2 2013 ! BYE2 2012 !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tamatnya tahun 2012 dan selamat datang 2013. Tentu korang excited kan nak tunggu detiknya pukul 12 malam, lepas tu mulalah nak menjerit melaungkan  'Selamat Tahun Baru!' Bila dah tahun baru, mulalah masing2 nak pasang azam baru. Ada juga azam tahun 2012 dibawa ke tahun 2013. Tak kisahlah kan asalkan niat korang tu tercapai dan tak terpesong dari agama Islam. 

Ada masa terluang nie, Nini nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Nini juga nak ucapkan selamat tahun baru kepada diri NIni sendiri. Tahun 2013 nie genap umur Nini >>> 20 TAHUN!  
Perangai kalau tak macam 20 tahun tak tahu lah nak kate ape. Haha...=) Semoga kehidupan NIni lagi bermakna pada tahun ini dan memburu kejayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pula. Amin.. Korang juga, moga-moga lebih sakses dalam kehidupan korang dan impian korang tercapai. Amin...=D

Selasa, 25 Disember 2012

Terbang ke Borneo

Assaalamualaikum semua.^^

Hola! Hola! Hola! siapa di sana? Saya di sini. Hehee..ceriakan Nini? HARUSLAH ! Bulan Disember kan bulan holiday. Nini baru nak bercuti. Maklumlah budak baru tamat alam persekolahan. Nini baru habis STPM lah. 19/11/2012 hingga 12/12/12. Cantikkan tarikh keramat last paper Nini >>>>> 12/12/12. Kalau orang lain buat tarikh tue sebagai tarikh pertunangan atau perkahwinan, Nini buat tarikh tue sebagai hari bersejarah Nini, dimana tamatnya Nini belajar sebagai seorang pelajar sekolah. Yahoo!! ^_^

Disebabkan tarikh di atas tuelah, Nini rehat sementara daripada menulis di blog sebab nak fokus untuk STPM. Sorry sangat2 guy! I hope u'll understanding me ok..

Alhamdulillah, dengan rezeki yang tidak pernah putus-putus dari-Nya, Nini dan family >>>>> mak dan abang kedua dapat pergi bercuti ke Sabah bah kalau kao! Kitorang pergi sana lepas dua hari Nini habis STPM. Memang dah plan awal-awal. Actually, mak lang Nini (kakak kepada mak) yang ajak kitorang pergi Sabah. Pergi untuk rehat2 katanya. Nini memang nak sangat pergi tapi mak Nini macam malas nak pergi pada mulanya. Biasalah Nini kan, suka paksa2 orang. Jadi, Nini paksalah mak Nini. Nini cakaplah, sekali sekala kena pergi tempat orang. Asyik duduk kat rumah, ape yang dapat. Kan? Bila dah setiap hari Nini rayu kat mak, barulah mak setuju nak pergi sama. Yeah! Hati mak memang keras tapi bila kena penangan rayuan Nini, hati mak boleh cair beb! (perasan!) ;-p

Ok, sekarang, Nini ceritakan perjalanan Nini ke Sabah. Nini pergi ke sana dengan mak, abang Nini yang kedua dan maklang Nini. Abang2 Nini yang lain tak ikut, sebab sorang kerja dan sorang lagi masih belajar. Nini sekeluarga pergi bercuti selama 5 hari >>>>> 14/12/12 hingga 18/12/12. Kitorang pergi airport Senai sebelah petang sebab pukul 7.30 malam baru flight. Untuk pengetahuan anda semua, nie kali pertama Nini naik kapal terbang. Kesian kan..? Umur 19 tahun baru dapat naik kapal terbang. Nini tak heran semua tue sebab kalau Allah yang mengkehendakinya. Betul tak?  Masa mula2 kapal terbang nak mendarat tue, memang cuak lah. Lepas kapal terbang tue dah sampai ke awan, biasa2 jerk. 

Kat bawah nie, Nini sediakan sekali gambar2 candid sebelum berlepas ke Sabah.






nie abang Nini yg nombor 2. Die nie anak istimewa


kita peace dulu !









wanita yg pakai tudung ungu tue mak Nini, sebelahnya maklang (kakak mak)
amacam, sama tak muka diorang....??



tiket penerbangan pergi dan balik



Hensemkan abang Nini..? (kalau hensem tunduk lu punya kepala)


2 jam berada di dalam pesawat, alhamdulillah, kami sekeluarga tiba di destinasi. Syukur...
Tapi malangnya, mak Nini terus mabuk dan pening2. Dia cakap dari dalam kapal terbang lagi, dia dah rasa mual2 cuma mak tahan jek. Biase lah, firstime naik kapal terbang pastu pergi ke tempat baru pulak, dalam tubuh terus shock lah. Mak Nini nie memang langsung tak suka berjalan. Sebab tue bila bawa berjalan, keadaan mak tak stabil. Lucunya bila sampai2 jek kat Sabah, destinasi kitorang pergi ialah Permai Polyclinics Likas! Hahaha..Paklang (suami maklang) yang bawak terus ke klinik sebabnya, keadaan mak dah mula lemah. Nasib baiklah takda pesakit sebab dah pukul 11 malam. Nasib baik jugalah klinik tue buka 24jam. Doktor pun check mak then bagi ubat muntah, pening. Sempat jugalah mak tidur kat klinik. Kesian mak...Tuelah, lain kali kita rajin2 bercuti ye, biar mabuk2 tue dapat diatasi. Hehehe....^-^


15/12/12



jam 6.30 pagi.. cantik sungguh kan?






Korang bayangkan waktu mcm nie baru 6.30 pagi. Dah macam 7.15 pagi kalau kat semenanjung malaysia.


Perjalanan kami bermula...






Kinabalu Park Complex





























Kundasang

Kundasang antara tempat yang WAJIB dilawati apabila bercuti di Sabah.






ala...jauhnya saya..xnampak :(











mase nie dah sampai tmpt tertinggi kt Kundasang War Memorial. Memang nampak permandangan kt bawah.. :)



Gunung Kinabalu. Awesome!



 Wonderful !
Tak boleh kata apa-apa






helang patah kepaknya..haha..! ;-p

 (Atas) Tempat yg kitorang pergi nie tak semua pelancong tahu. Macam tempat terpencillah kt Kundasang. Memang panoramanya very2 awesome. TQ paklang sebab bawak kitorang ke tempat nie ! ^^




Welcome to 'Tagal' Sg. Moroli, Ranau, Sabah ! 

Tempat kat atas nie juga tak kurang hebatnya. Mempunya kawasan sungai yang saannngatt cantik dan mempunyai beribu2 ikan di dalamnya. Pengunjung yang datang ke tempat nie berpeluang untuk merendamkan kaki di dalam sungai dan juga boleh mandi bersama ikan-ikan yg ada kat dalam sungai tue. Ikan-ikannya baik. Korang letak jek kaki kat dalam sungai tue nanti ikan-ikan tue gigit2 manja kaki korang. Rasa geli sangat. Macam cuit2 lah. Hehe....:D



16/12/12

Hari kedua, kitorang teruskan perjalanan cuti-cuti sabah. Paklang bawak kitorang ke Tamu Gaya. nama 'Tamu' nie sebenarnya pasar. Hanya hari Ahad saja Tamu Gaya nie dibuka. Macam-macamlah barang boleh dibeli di sini. Daripada barang basah seperti ikan, sayur dsb hinggalah kepada barang kering seperti cenderahati yg cantik2 dijual kat Tamu Gaya nie dengan harga yang memang berpatutan. Memang ramai pengunjung dari berlainan bangsa. Tamu Gaya juga terletak di Kota Kinabalu. Lagi 1, kalau nak pergi Tamu Gaya nie kena pergi awal2 pagi sebabnya terlalu sesak sampaikan susah nak parking kereta. Semua arah memang sesak. Memang menyempit-nyempit jugalah.


Tamu Gaya




Selepas puas2 berjalan di pasar Tamu, kitorang berjalan2 ke pelabuhan.








Nini nak mai nie. Dulu pelabuhan nie dikenali sebagai Jesselton. Ingat x Jesselton? Ala...kisah sejarah dulu2. Masa tingkatan 4 ke 5 kita ada belajar tentang pelabuhan Jesselton. Jesselton nie dulu ibu negeri Sabah sebelum ditukarkan ke Kota Kinabalu.


Kat bawah nie gambar pelabuhan Jesselton dulu2
^
^


Gambar Jesselton terbaru
^
^


Ketara sangatkan perubahannya? Maklumlah dah maju..^.^

Setakat tengok jek bot2 tue sume tak syok lah kan. Kitorang sempat merasai naik bot. Sebenarnya kat hujung pelabuhan nie ade tiga pulau. Semuanya cantik2 permandangannya. Tapi Nini dan keluarga hanya pergi satu pulau saje. Itupun cukup puas hati. Memang berbaloi lah bayar mahal2 untuk ke sana. :D











Pengalaman kali pertama naik bot -------> cuak + takut !

Nini memang fobia dengan air. Apa2 lah tentang air kecuali air untuk minum. Nini tak tahu kenapa dan sejak bila. Bukan sebab pernah lemas ke ape ke..perasaan tue memang tiba2 jek muncul. Kalau nampak air yang luas macam laut, Nini membayangkan akan terjadinya tsunami, ombak laut yang mengganas. (terlalu jauh pemikiran Nini kan?)

Maklang ada pesan,die suruh Nini pikirkan tentang bot. Sebelum kitorang naik bot, dah ramai sangat orang yang naik bot tue. Takda apa-apa yang berlaku sebab driver bot tue tahu mcm mana nak kendalikan bot tue. Dah berpuluh2 tahun kot drivernya bwak bot, takda apa yang berlaku pun. Lepas dengar nasihatnya, Nini rasa tenang sikit tapi still memikirkan perasaan takut Nini. Hehe....

Nini risau juga keadaan mak kalau naik bot. Takut mak muntah ke pening2 ke. Kalau naik kapal terbang boleh muntah, apatah lagi bot yang dipandu ke dasar laut. Nini risau jek keadaan mak walaupun mak dah makan ubat muntah dan juga pening kepala. Standby jek. Tapi alhamdulillah, keadaan mak ok. Syukur...!



Pulau Manukan, Sabah


Memang best giler Pulau Manukan ! Dasar Lautnya memang suppperbbb !!! Cantik sangat bah! Nampak dengan jelas rumpai lautnya itu. Ikan-ikannya juga jelas kelihatan. Subhanallah !







cantik kan..






superb !! Sungguh indah kebesaran-Mu Ya Allah ! ^^


Kitorang tak mandi pun. Terasa memang macam nak mandi tapi tak bawak baju spare. Kitorang just duduk2 sambil tengok permandangan yang sungguh indah sambil cuci2 mata tengok orang lain mandi. Air lautnya jernih. Mereka yang mandi di laut nie tak payah risau sebab ade pasukan penyelamat yang akan membantu sekiranya ada kecemasan yang bakal berlaku.


Pada sebelah petangnya pula...


Pasar Philipina 

Shopping-mopping ! Nie lah waktu yang ditunggu-tunggu oleh Nini. Bukan Nini jek, malah semua wanita yang berkunjung ke mana2 sahaja tempat yang menarik di mana2 negeri pasti akan menjalankan tanggungjawab 'wajib' ------->>> shopping ! ^-^ 





Nini tak tahu macam mana pasar nie boleh dinamakan Pasar Philipina sedangkan nama sebenarnya Pasar Kraftangan. Mungkin ramai sangat kot penjual2 kat pasar nie yang berasal dari Filipina.

Pasar nie besar sebenarnya. Ada tiga bahagian. Bahagian pertama, bahagian menjual barang2 cenderahati untuk dibuat kenangan. Semua kedai berderet jual cenderahati. Ada jual baju, keychain, selendang, patung dan banyak lagi lah! Memang kalau sampai Pasar Philipina, mata akan jadi rambang. Tak tahu nak pilih mana satu! Semuanya cantik2 belaka.



Nielah kedai2 yang berderet yang menjual pelbagai cenderahati 

Maklumat dari salah seorang penjual kat pasar nie, jumlah kedai kat dalam pasar nie berjumlah 100++ (jumlah khususnya ada diberitahu tp Nini lupa). Banyak kan? Hasil dari tinjauan Nini, setiap kedainya menjual barang yang sama tapi yang membezakannya hanya harga yang ditawarkan. Jadi,kenalah pandai pilih kedai yang menawarkan harga yang murah dan lagi satu, pelancong pun kena pandai tawar-menawar..^^ Lagi satu, ada kedai2 tertentu yang menjual mutiara yang dibuat gelang, rantai, dan anting2. Menariknya, semua eksesori dari mutiara dibuat oleh pemilik kedai itu sendiri. Kalau korang pergi sana, memang korang akan nampak  sendiri pemilik kedai yang menjual eksesori mutiara tue sendiri yang bikin eksesori dari mutiara. 

Kat luar kedai pasar nie ada juga jual bahan2 basah seperti ikan bilis, sotong kering, ikan kering, gamat dan sebagainya. Check it out gambar-gambar kat bawah nie..;-)









white tiger a.k.a gamat.



ikan kering



Ramai pengunjung yang datang ke kedai nie untuk membeli ikan bilis, sotong kering dan sebagainya untuk dibawa balik ke negeri asal mereka. Harga juga boleh tawar lagi sampai peniaga tue penat layan karenah kita sebagai pembeli ! ^^

Bahagian kedua, bahagian dimana penjual menjual makanan dan minuman. Macam pasar tani lah kalau kat semenanjung. Macam2 makanan etnik Sabah yang dijual. Ada juga makanan laut yang dijual. Macam ikan, udang galah, dan ketam. Semuanya besar2 belaka lah. Yang sedapnya, semua makanan laut tue dijual segar2. Hasil tangkapan nelayan terus dijual di pasar. Tanpa ada bahan kimia. Memang tiptop! Kalau korang tengok sendiri memang meleleh air liur.




Bahagian ketiga pula, bahagian kedai makan. Memang berderet kedai makan. Tapi semua kedai makan kat sini memang lain dari yang lain. Apa tidaknya, setiap kedai menjual makanan laut yang memang segar. Pastu mereka akan masak makanan laut yang dipesan oleh pelanggan mengikut citarasa pelanggan itu sendiri. Yang bestnya, kita sebagai pelanggan nie boleh lihat secara langsung dari mereka menyediakan bahan hingga mereka masak. Memang live ! Dahlah pasar FIlipina nie dekat dengan laut pastu nyaman pulak. Jadi, sambil tunggu menu pilihan dimasak, kita boleh bersiar2 sambil melihat permandangan laut yang sungguh indah. Memang terbaik !


Tada ! Nie lah makanan yang dipesan oleh paklang. Ada ikan, udang, dan sotong. Nasib baiklah Nini sekarang belajar makan udang dan sotong. Bila pergi tempat orang, taklah perasaan 'tak suka' tue wujud, kan?  Semua makanan nie sedap sangat. Memang rasa manis sebab betul2 fresh. Baru tangkap kat laut dah dibuat lauk. Nini memang berselera sangat. Sana sini makan sampaikan Nini balik Johor, berat badan Nini naik 5kg! Memang giler!

Kat bawah nie keadaan sekeliling kat Pasar Filipina yang sempat Nini tangkap. ^^









17/12/12

Hari Isnin, kitorang tak buat apa2 hanya lepak2 kat rumah sewa paklang. Paklang kerja jadi tak pergi berjalan. Tapi yang seronoknya, paklang sanggup balik rumah untuk masak tengahari untuk kitorang. Menu special daripada paklang ialah ---->>> nasi tomato bersama rusa masak kicap dengan kerabu daging rusa. Eeiu ! mesti korang pelik. Nini pun pelik. Tak pernah makan daging rusa sebelum nie. Nak tak nak daripada mati kelaparan, Nini terpaksa juga makan lauk tue. Terasalah peliknya lidah nie bila kunyah2 daging rusa tue. Sumpah Nini tak nak makan daging rusa lagi! Sorry paklang, Nini terpaksa makan lauk rusa yang paklang masak haritu. Memang sedap lauknya tapi Nini tak suka. Maafkanlah anak sedaramu ini. Yang benar, Nini Farhani. ;p



18/12/12

Ha.....sedihnya. Hari ini hari terakhir Nini sekeluarga kat Sabah. Huwaaaa...! (bayi menangis) Tapi, kitorang tetap juga berjalan ke destinasi terakhir pada sebelah paginya. Kitorang pergi ke >>>>>>> Rumah Terbalik. Rumah Terbalik nie dekat jek dengan rumah yang kitorang duduk. Kalau berjalan kaki, lebih kurang 10 minit sampai. Kalau naik kereta, 5 minit sampai. Syukur, masa kitorang pergi tak ramai orang. ^^



Semua terbalikkan ? Memang unik ! Yang rasa bangga tue, bila nombor plat kereta warna merah tue nombor plat Johor. :D

Uniknya juga bila semua pekerja perempuan kat situ pakai t-shirt seragam dengan kain batik. Memang kelakar tapi tp itulah trademark pekerja kat Rumah Terbalik nie. :)

Secara rumusnya, selama lima hari Nini dan keluarga bercuti kat Sabah, bumi Borneo nie tak pernah mengecewakan kitorang sekeluarga. Memang padat dengan tempat2 yang menarik. Dari lautnya yang terbentang indah dengan mahkluk Tuhan di dalamnya sehinggalah ke gunungnya yang memukau pelancong. Tidak hairanlah kenapa pelancong luar suka sangat melancong kat Sabah nie. Lagi satu, kat Sabah nie memang terkenal dengan mutiaranya. 

Nini nak ucapkan Terima kasih kat maklang sebab sanggup ajak kitorang pergi bercuti ke Sabah. 

Terima kasih kat paklang juga sebab sanggup bawak kitorang yang memang jakun dengan permandangan yang cantik nie pergi bersiar2 ke tempat yang memang WAJIB pergi kalau datang ke Sabah. Tak kiralah tempat tue jauh ke dekat ke, paklang tetap boleh hantarkan dan sanggup tunggu tue bila kitorang pilih eksesori wanita. Tak pernah satu perkataan rungutan keluar dari mulut paklang. Terima kasih sangat2 ! 

Secara personal, Nini memang tak pernah jangka akan pergi holiday ke Sabah, apatah lagi naik kapal terbang dlm wktu terdekat nie. Bagi Nini, semua nie kehendak Allah dan rezeki dari Dia. Kalau Dia kata memang tahun nie Nini kena pergi Sabah, maka Nini kena pergi juga walau keadaan tak mengizinkan. 


Ape2 pun, Sabah memang awesome dan sangat2 menakjubkan ! 


See u again Sabah ! ^_^




antara barang dan cenderahati yang kitorang beli untuk diri sndiri, keluarga dan kenalan rpt shj 



gambar dalam kapal terbang. Air Asia bagus !