Ahad, 8 Januari 2012

4 . 01 . 2012 - 6 . 01 . 2012

Salam sume...

Sekarang ni Nini sibuk sikit dengan study.Maklumlah kite nie still budak sekolah lagi.hehe...tapi Nini tetap singgah kat blog nie tuk tulis perkembangan Nini selama Nini naik sekolah hari tue sampai lah sekarang. Masa first day sekolah after cuti hari tue kan, memang liat sangat nak bangun pagi. Macam tak ready lagi nak sekolah. Yelah, malamnya Nini still siapkan homework yg cikgu pesan buat time cuti, bila nak naik sekolah baru terhenggeh2 nak siapkan tapi tak siap lagi.hehee...Biasalah, Nini Farhani! (jangan ikut cara Nini ya.)

Untuk hari pertama persekolahan, Nini pelajar pertama yang naik stage untuk jadi pengacara majlis perhimpuana rasmi pertama musim 2012. Adalah sedikit kelainan teksnya. Memang cuaklah tambah lagi dengan nervous. Pagi2 dah datang tau untuk pastikan semua okay dan boleh berbincang dengan cikgu pasal teks majlis. Jadi pengacara majlis ni boleh ibaratkan Nini memikul tanggungjawab untuk pastikan perhimpunan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semua okay walaupun adalah sedikit masalah. Bila dah habis tue, memang gembira lah. Tarik nafas lega lagi tapi Nini still tak puas hati dengan apa yang Nini dah buat kat atas stage tue. Masih perlu diperbaiki lagi untuk majlis perhimpunan akan datang.

Lepas habis jerk perhimpunan, pelajar2 SMK Dato Haji Hassan Yunos, Renggam a.k.a SMKDHHY termasuk Nini menuju ke kelas masing2 tapi hanya pelajar tingkatan satu dan empat sahaja pergi ke bilik seminar dan dewan terbuka untuk menjalani minggu orientasi, Semua tue Nini dah rasa. Masuk jerk kelas, Nini dapat tempat duduk. Nini nak sangat duduk depan. Alhamdulillah niat Nini dimakbulkan walaupun Nini duduk kat barisan no 2 dari hadapan. Okay lah tue kan.

Bila dah masuk kelas baru mesti carta organisasi kelas baru kan. Yang pentingnya dan seronoknya apabila tahun nie Nini dah tak jadi penolong ketua kelas! Hehee...ketua kelas pun baru. Yang lain sikit tahun ni apabila ketua kelasnya seorang pelajar perempuan. Okay what! Kawan baik Nini sendiri. Maisarah namanya. Penolongnya Nur Suada. Memang Nini nak sangat Suada jadi penolong. Alhamdulillah. Eh, lupa pula, guru kelas Nini (PPU2A2) ialah Puan Siam binti Hassan. Comel orangnya macam Nini jugak.Huhu..^_^

Firstday juga Nini dan kawan2 yang lain dah start belajar. Cikgu2 pun dah start mengajar walaupun hanya mukadimah sahaja. Minggu pertama sekolah, cikgu2 jadi baik semuanya. Tak marah2. Biasalah minggu pertama. Bagi chan sikit kat pelajarnya.  Hari pertama kat sekolah takda apa-apa sangat. Rutin harian macam biasa jerk..

Hah, hari kedua, Nini bangun awal jugaklah. Sempat tau sediakan sarapan untuk Nini sendiri dan juga mak. Kitorang sarapan telur tiga suku dan air susu. Tapi telur tiga sukunya termasak sangatlah. Hehe..tapi still sumbat dalam mulut. :) Kat sekolah pulak, macam biasa sampaikan suatu masa tue Nini tolong atau membantu rakan sekelas Nini yang sedang sakit. Nini bergegas-gegas ke hulur ke hilir. Penolong ketua kelas yang sakit. Dia senggugut pastu menggigil-gigil. Memang kesian lah Nini tengok dia. Mula2 tue dia dok kat toilet. Tak boleh keluar. Nini dan sorang lagi kawan, Izyan, papah dia. Apabila cikgu tahu pasal dia, cikgu benarkan dia balik. Nini dan Izyan ikut hantar dia. Takut apa-apa berlaku kan. Si Izyan boleh pula buat lawak. Dia cakap kat Suada (pesakit), "Wada, kau jangan pengsan tau dalam kete. Aku tak tau rumah kau kat mane." Nini dengar pun ketawa. Izyan memang sahabat yang sentiasa menceriakan.

Bila hantar Suada balik ke rumah dia maknanya Nini dah terlepas satu subjek untuk belajar dalam kelas iaitu subjek Bahasa Melayu. Nini memang minat dengan subjek tue tapi takpalah. Nasib baik cikgu tak ngajar lagi. Dapat tolong kawan untuk the second day memang satu perkara yang mulia. Nini bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk Nini buat baik dengan membantu kawan yang sedang kesusahan. Terimakasih Allah!

Pastu esoknya, (hari jumaat/6.1.2012) ada tazkirah yang disampaikan oleh ustaz sekolah. Tentang keimanan. Dia cakap kita meti percaya keenam2 perkara dalam rukun iman. Ustaz cakap kalau matematik, 6-1 = 5 tapi kalau konsep Iman, 6-1 = 0 . Maknanya kalau satu perkara dalam rukun Iman tue kita was2, tak percaya, maka runtuhlah akidah kita sebagai hamba Allah yang beriman kepadaNya. 

Untuk tahun nie juga (2012) Nini berazam taknak banyak cakap perkara yang sia2. Nini nak tumpukan pada pelajaran Nini. Nini nak sambung belajar kat universiti atau nama saintifiknya Universiti Putra Malaysia. Nini nak ambil k0s pengajian Linguistik. Nini memang nak sangat masuk U. kadang2 tue Nini rasa lain dengan diri sendiri. Sampaikan Farhan (classmate) tanya, "kau nampak lain jek sekarang? Kenapa?" So Nini jawablah, Nini nak masuk universiti. Semua orang harapkan Nini. Especially mak. Pada Nini, Nini harapan terakhir mak untuk melangkah ke universiti dan sambung belajar kat sana. Nini selalu tanya mak, "Mak yakin tak adik masuk u?" "Mak yakin sangat kau dapat masuk u." cakap mak macam tue. Nini rasa semangat bila mak cakap macam tue. Nini dah tak boleh main2 dah. Nini memang kena fokus pada pelajaran Nini. Nini tak sampai hati lagi untuk hampakan hati orang yang selama nie banyak beri dorongan dan nasihat pada Nini.

Okay2 kita balik semula pasal rutin harian Nini. kalau esok (sabtu) dah cuti, cikgu2 tak sah bagi latihan suruh buat kat rumah. Nini tak kisah. Homework yang dapat ialah Sejarah1=2latihan essay, Sejarah2=1latihan essaay, BM 2 =1latihan essay, BM 1=baca tajuk Morfologi dan PAM 2 (bhgian B) =cari maklumat. Jadi Nini kena siapkan semua tugasan yang diberikan. InsyaAllah Nini siapkan.

Okaylah, Nini stop kat sini dulu. Kalau ada masa lagi Nini akan coret2 kat sini.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia! ^_^



Ahad, 1 Januari 2012

Babay 2011! Hello 2012 !

Salam...

Happy New Year! Hari nie 1.1.2012. Maknanya kita dah melangkah ke tahun baru. Babay 2011! Sekejap jek kan dah tahun baru.

Kalau sebut tahun baru mesti sinonim dengan azam baru. Tahun baru = Azam baru ?? Urm...saya takdalah nak tunggu tahun baru baru nak berazam. Setiap hari saya berazam menjadi agar menjadi manusia yang lebih baik dari semalam dan semalam. Maksudnya, kehidupan sekarang lebih baik dari kehidupan semalam. Next, saya nak berjaya dalam STPM tahun ni. Saya kena berkorban banyak perkara untuk cemerlang dalam STPM. Saya nak sambung belajar kat universiti. Kat Universiri Putra Malaysia. InsyaAllah. Saya akan cuba untuk berjaya dalam akademik.

Saya harap, tahun 2012 ni menjadi tahun kejayaan saya dan orang2 yang saya sayang. InsyaAllah.
=)

Imbasan 2011 ~Segala Kenangan Utuh di Mindaku *__*~

Cepatnya masa berlalu kan...Sekejap juga tahun 2011 sampaai penghujungnya. Banyak kenangan saya di sebalik nombor 2.0.1.1. Nak imbasan secara detail pun rasanya sampai esok malam pun belum tentu habis ceritanya. Hehehee....

Tahun 2011 banyak kisah manis dan pahit. Dua-dua combine sekali. Dari bulan Jan hinggalah Dis banyak asam garam kehidupan yang memang dijangka dan ada juga tidak sama sekali terjangka akan berlaku. Okay, sekarang saya cerita pasal kenangan manis dulu. The first thing yang masih bermain-main di kepala otak saya adalah kisah di PPAH, Ayer Hitam, Kluang. Di situ lah semuanya bermula. Dapat kenal dengan kawan2 baru, belajar membuat kek, roti, sos, pastry, taufu fa, air soya, cincau dan banyak lagi. Kat sana 3 bulan jek. Dari bulan 2 hinggalah akhir bulan 4. Lepas tu, kat sana makanannya memang superb!! 6x sehari wooo. Dalam bilik pulak memang kecoh, dengan geng Chicken Little. Huhu... Semua buat sama2, suka duka bersamalah senang cerita.

Lepas tu pula, pergi lawatan ke nunnnnnn sana.......utara! Memang seumur hidup saya langsung tak pernah pergi negeri2 utara. Bila dapat peluang and then tak perlu bayar, memang seronok lah! Orang kata, peluang hanya sekali. Jadi saya memang tak lepaskan peluang untuk pergi ke utara. Kat utara kitorang jalan2 kat Perlis - Pusat pertanian Arau Perlis, ladang anggur, Gua Kelam, Padang Besar dan Bukit Kristal. Lepas tu turun ke Kedah pergi Pekan Rabu. Pergi Pulau Pinang- Taman bunga, pekena pasembooq! Memang best lah.

Dekat PPAH jugalah, 1stime kawan2 buat surprise party b'day untuk saya. Sebenarnya sebalik party tu saya tahu yang diorang nak kenakan saya tapi tak tahu apa rancangan diorang. So tunggu jeklah time tu kan..Rupa2nya diorang buat dua hari awal sebelum b'day saya. Habis malam yang bersaksikan bintang2 cantik di langit (cheewah!) menjadi saksi saya dikenakan oleh budak2 nakal.

nie lah budak2 nakal yang telah mengenakan saya! :-p

Bahan2 yang diorang guna untuk kenakan saya ialah haampas kelapa dan air. Bila diorang ambil hampas kelapa dari bilik masakan entahlah. Sampai sekarang masih tertanya-tanya. Btw, thank you korang sebab berjaya mengenakan aku. Mungkin tak percaya kejutan time bday nilah 1stime pernah berlaku dlm hidup saya. Masa tu memang terharu sangat. Dengaan dorm pun dihias dengan belon2 pastu selendang diikat keliling katil. memang cantik lah. Saya suka sangat. Lepas tu, saya diraikan dengan kek ini.

delicious!

Kalau dah buat surprise party b'day mesti ada surprise present kan..Budak2 nakal ni telah menghadiahkan saya... 
tadaaa! cute kan..? ;-)
Firstime juga saya dapat bear. Huhu...Ondespot juga saya kene beri nama kat bear ni. Saya namakan DINI. Itupun ats permintaan budak2 nakal..Actually ada rahsia disebalik nama DINI tu tp xnaklah cerita kat sini. Biarlah rahsia gitu, nyah..hahahaa..

#For guys, thank you so much okay! I will never forget what happen guys did. Love YOU!!

Itu baru cerita suka kat PPAH. Cerita manis yang lain pula time nak amek result SPM(cerita manis ke?!). Saya ni takdalah pelajar yang sangat cemerlang tp cuba untuk cemerlangkan diri. Hasilnya, saya mendapat....?? cubelah teka..huhu!

Bila jek habis kursus di PPAH, saya sambung belajar kat Tingkatan Enam. Kehidupan sebagai seorang pelajar mula berubah. Lebih matang kalau f6 ni. Yelah, pra-universiti lah katakn. Kat situ juga saya dpt ramai kawan baru. Semua happening! Memag kecoh ar kat kelas. Yang bestnya bila saya menjawat jawatan Penolong ketua kelas. Tak pernah2 dapat jawatan tu, finally dapat juga. Hahaha..(bunyi macam nk sangat jek pegang jawatan tu)

Selain menjawat jawatan Penolong Ketua Kelas, saya juga diamanahkan untuk menjawat jawatan Naib Yang d-pertua MPPU 2011/2012. Alhamdulillah.. jawatan yangperlu digunakan dengan sebaik mungkin. Melatih kita untuk jadi seorang pemimpin. Ini pun termasuk dalam kisah manis saya..:)

Seterusnya kisah saya masih tiada special someone a.k.a BF. Hehehe....manis jugaklah sebab tahan nafsu ni daripada inginkan bercinta dengan sapa2 yang suka kat saya (ada ke?!)

Then, saya dapat mnyertai Bengkel Penulis Muda kat JB. Thank you pada cikgu Izzah sebab offer saya untuk sertai bengkel tu. Kat sana, banyak ilmu yang saya dapat tentang puisi tradisional. Daripada kita hanya tahu sedikit hingga kita dapat tahu banyak. Memang tak sia2 pergi.

Lagi cerita, saya dapat naik kapal. Hoho! Jangan jeles okay. Parent yang bawa pergi naik kapal kat Tanjung Puteri, JB lepas ambil saya dar begkel penulisan. Kitorang jalan2 sekitar laut Tebrau, JB. Walaupun takut,tapi tetap enjoy! Masa tu juga hujan turun dengan selebat2nya. =)

bengkel penulis muda *_*

 ni antara gambar yang saya amek kat Tanjung Puteri.

# ada lagi gambarnya tp ada masalah teknikal so tak boleh disiarkan..hrpmklum.

Pada bulan 12 tahun 2011 pertengahan bulan zulhijjah (14@15 zulhijjah), saya berpeluang dan diberi peluang oleh Allah swt untuk melihat sendiri proses kejadian gerhana bulan. Subhanallah, Allahuakbar! Juga berpeluang mengerjakan solat gerhana bulan. Memang terharu sangat sampai air2 mata pun turun. Hehe...
Pada saya, ia adalah satu moment yang tidak mungkin untuk saya lupakan untuk edisi 2011. Awesome!

Lagi, pindah rumah. Huhu...akhirnya! Mak dan anak-anakdapat juga tinggal kat rumah sendiri. Mak beli tanah pastu buat rumah mengikut citarasa sendiri. Dah lebih setahun, asyik ada halangan nak buat rumah sendiri. Akhirnya siap dan stay on there.

Hah, yang kat atas semua ni antara cerita gembira saya. Now, cerita duka pula. Rasanya tak banyak cerita sedih kot. Pengalaman pahit yang sampai sekarang saya ingat ialah bila my mom a.k.a bestfriend saya masuk hospital. Because she got fever and the glucose in her blood very high. Memang sedihlah. Yang tak tahan bila tengok sendiri keadaan mak yang tak bermaya kat rumah. Masa tu, mak muntah2. Hari ahad sepatutnya saya balik PPAH semula tp bila tengok keadaan mak macam tu, tak sanggup nak tinggalkan mak. Nasib baik ada jiran yang berhati mulia tolong hantar mak ke hospital. So, kena tahan lah mak 2-3 hari kat hospital. Masuk 12 botol air. Sedih time tu tengok mak sakit. Tapi yang saya happy sebab dapat jaga mak kat hospital walaupun tak cukup tidur. Huhuuu...

Selain tu, saya kena marah dengan cikgu sejarah time saya wat presentation. Saya punya hasil tak begitu memuaskan. Saya akui salah saya sebab tak ready tapi nak buat macam mana, redha jeklah kena marah. Balik rumah, masuk bilik, apalagi, tak tahan, nangislah..huhuhuu..Bukan apa, cikgu tu garang sangat. Seram...

Urm...apa lagi ek kenangan pahit untuk 2011? (tgh fikir..) Baru saya ingat akhir bulan 10 kalau tak silaplah, kawan sekolah saya meninggal dunia lepas dia koma sebab lahirkan anak. Terkejut juga dapat tahu dia meninggal. Walaupun tak rapat sangat dengan dia tp pernah jugalah berborak2 sama. She very nice. Baikhati, suka tolong ckgu. Nak buat cana kan,dah memang ajal dia. Hanya sekalung al-fatihah jeklah untukdia.

Rasanya ini sahaja kot. Saya tak berapa nak ingat sangat.
Last but not least, tahun 2011 tahun yang chill sikit. Sebab takda exam awam yang perlu duduki. Semuanya berjalan dengaan lancar. Alhamdullillah. Walaupun begitu, pasti ada kenangan pahit ataau manis. Walaupun tak banyak ia tetap sebuah KENANGAN yang tidak mungkin akan pupus dari ingatan. Selagi masih hidup ni, selagi tu juga kenangan yang direka bersama ini akan ada dalam hati dan sanubariku. Chewah!

Babai 2011! =)