Jumaat, 8 Jun 2012

Ingin Berkasih Lagi

Assalamualaikum...

Wah, dah lama Nini tak update blog ! Rindu sangat2 kat u, blog ! ^_^  
Ok, sekarang Nini update citer baru punye. Kelmarin, Nini hangout dengan kawan lama. Dah lama tak jumpa. So, kitorang decide pergi jalan2 kat Kluang Mall (KM). Nini kalau dah pergi KM, tak sah kalau tak pergi kedai buku Popular. And tak sah kalau tak beli novel! Hehehe....^_^

Novel terbaru Nini beli dan baca ialah...........

Tada!!



Ingin Berkasih Lagi, penulis Damya Hanna.

Nini memang dah lama tunggu novel nie kat kedai buku Popular, KM tapi bila Nini pergi jerk, belum ada lagi novel nie. Kelmarin Nini pergi, ada novelnya! Memang teruja sangat! Syukur.....

Kat bawah nie, sinopsis novel Ingin Berkasih Lagi :-

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mydah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

Nini amek masa 2 hari saja untuk habiskan baca novel nie. Jalan ceritanya menarik walaupun pelbagai konflik yang dilakukan oleh penulis. 

Memang tak rugi Nini beli novel nie. Berbaloi sangat dengan duit RM20.00 , Nini dapat beli novel nie. (actually, RM25.00 harganya tp dapat discount 20% utk member card)

Kepada pembaca setia novel, Nini nak bagitau nie. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel Ingin Berkasih lagi - Damya Hanna di kedai2 buku yg berdekatan ok. Percaya cakap Nini, Ingin Berkasih Lagi memang best!