Sabtu, 13 Ogos 2011

Macam-Macam Cerita Ada ^_^

Assalamualaikum...
Dah seminggu HD x update blog. Maklumlah budak 'stokin' lagi, mesti banyak hmwork yang nak disiapkan. (Hehehe...) Mesti dah banyak peristiwa menarik yang nak HD share bersama.

1st, Selasa lepas, time subjek BM 2, HD bersama beberapa teman HD membuat perbahasan. Alah, aktiviti yang bangkang-membangkang tue. Hehee...HD ngan 2 orang rakan yang lain (Sarah dengan Raja) jadi pembangkang. 3 orang rakan HD (Awie, Fazzera n Jiha) jadi pihak  pencadang. Rakan yang lain jadi pengadil dan penonton.

Tajuk perbahasan kami ialah "Wajarkah mencari teman hidup di kalangan pelajar pra-universiti?" Memang best ar tajuk nie. Hah, tapi bukan kitorang yang pilih tau, cikgu BM yang pilih tajuk nie. Kitorang hanya diberi 5minit saja. Mula2 tue pihak pencadang pertama yang kemukakan hujah2 nya dulu. Lepas tue pihak pembangkang pertama, dan kembali kepada pihak pencadang. Bila sampai giliran HD, mulahlah tangan sume menggigil. Tapi isi tue ada. HD memang bangkang lah pencarian teman hidup di kalangan pelajar pra-u nie. Banyak isi nye yg dah prepare. Bile sampai isi kedua baru separuh huraikan, dah habis masa 5minit tue. Terpaksalah HD duduk. sebenarnya geram pun ada. Yelah masanya sekejap sangat.

Tetapi, mula2 jerk ikut format, lepas tue terus bangkang xikut format bila masuk round kedua. Saling menbangkanglah. Pihak pencadang pun tak kering idea untuk menegakkan bahawa wajar cari kapel di kalangan pelajar pra-u tetapi diorang dah lari dari tajuk sehingga cari bf/gf di u n alam pekerjaan. Penyokong apa lagi, ketawa dengan gelagat kitorang. HD pun susah nak duduk, asyik nak bangun jerk bangkang. (Huhuhu...)

Walaupun suasana gamat dan sengit, tapi alhamdulillah kumpulan pembangkang menang perbahasan nie walaupun gaya pertuturan pihak pencadang yang terbaik. Syok HD menang! Hehehe.... HD xdapat nak siarkan videonya sb time tue xbwk camera. Cikgu HD ada record. Nanti HD try mintak kat dia. :-)

Itu hak keseronokan. Sekarang HD nak cerita pasal hal kesedihan pulak. Jumaat lepas (5.8.11) HD kena wat presentation tuk sejarah 2. Ok lah tue an. Tetapi yang wat kesedihan HD menggunung, bila cikgu sejarah HD sound HD. Dia kata apa yang HD wat? Pastu xjelas apa yang HD terangkan. Pasal2 sejarah nie, HD bukannya paham sangat pun. Apa yang kat slide HD rujuk buku sejarah. 2 lagi buku HD rujuk. Bukannya main hentam tulis jalan cerita sejarah kat slide tue. Bila kena hentam tue, HD tahan rasa sedih. Taknak kawan2 yang ada tu tahu perasaan HD. Lepas tue pulak, slide HD sebenarnya tak siap. Itu memang salah HD. Tapi cikgu nie, kalau HD salah fakta pun nak marah. Patutnya bimbing lah. Betulkan fakta. Xpayah lah marah2.

Sebenarnya, bukan HD sorang yang kena marah. Rakan2 yang lain bile wat presentation pun kena marah juga. Yang bezanya sikit atau banyak. Kitorang nie bukannya budak kecil lagi. Bukannya budak darjah 1 ke tingkatan 1 ke. Dah tingkatan 6! Pra-universiti lagi. So, xpayahlah mengajar kitorang sambil marah2. Bukannya suka pun kena marah. Patutnya cikgu nie tahu. Lepas dah habis kelas dia, kawan HD, Farhan tenangkan HD. Dia suruh sabar. Kalau nak tahu, Farhan pun pernah kena marah dengan cikgu nie. Tapi dia wak dek jek. Malas nak amik pot.

HD ingat nak ngadu kat GPK T6, Pn Hjh Mazita pasal cikgu tue. Kawan2 pun sokong. Tapi bila HD pikir2kan balik, xpayah lah. Xnak keruhkan keadaan. Biarlah cikgu tue perasan sendiri. Kalau nak marah biarlah bertempat. Bukannya 24 jam nak marah. Cikgu2 lain pun marah gak tp bertempat. Kalau kerja sek xsiap stndard lah kene marah kan. Hmm...ape pun xboleh bak kata kumpulan jambu.

Lagi satu peristiwa yang best apabila HD dan kawan2 buat surprise tok cikgu P.am laras sastera yang ngajar kitorang. Nama cikgu nie, Pn Hjh Radziah binti Bujang. Kitorang wat surprise sempena hari persaraan beliau yang xlama lagi. Saja jerk buat sblm bulan ramadhan. Walaupun tergesa2 perancangan nya tapi alhamdulillah berjalan dengan lancar. Simple sangat tapi cambest! Cakap lebih pun xguna, HD ada lampirkan sekali gambar2nya.



sebelum mensurprisekan bonda Radziah ^_^



special cake for Bonda Radziah ^_^




muke bonda terkezut


bergambar dengan Bonda Radziah ^_^


Nie baru sebahagian dari pic surprise Bonda Radziah. Kalau nak tengok full, layari my FB di nf1034696@gmail.com ..^_^



Isnin, 1 Ogos 2011

Berbuka 1st Day with family ^_^

Hari ni, Nini dapat berbuka dengan family..;dengan emak, along dan ijat. Hari ni, mak masak ala kadar macam makanan time buka untuk puasa ganti. Mak masak asam pedas, pengat pisang dan goreng cempedak. Memang sedap giler! Marvellous kata ko! huhu....lepas tue, ijat beli murtabak kat bazar.
Tahun ni, mak cakap taknak membazir. Kurangkan beli makanan kat bazar. Lagipun, harga barang sume dah naik. Kalau nak jimat, dengan masaklah. Aku tak kisah mak nak masak ke, beli ke yg penting makanan tue halal dan tidak membazir. Dalam keluarga aku, kalau sesuatu lauk lah especially tak habis kitorang akan panaskan dan makan untuk keesokkan harinya pula. Bukanlah sengkek sangat sampai taknak tukar juadah tetapi jimat. Buat apa nak buang kalau masih elok lagi kan? Baik kita panaskan dan makan balik.
Time nak tunggu buka puasa tadi rasa macam lambat sangat. Yelah, selalu kalau 1st day puasa memang macam tu. tak larat lah, penat lah..tapi kalau dah masuk pertengahan bulan puasa, dah tak rasa apa dah. Masa nanti pun jadi sekejap.
Ok lah, nak pergi sembahyang dulu. DaA~~

Welcome to Ramadhan !

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah kerana hari ni 1 August bersamaan dengan 1 Ramadhan. Bulan Ramadhan dah menjelma lagi. Ai...cepatnya masa berlalu kan macam aritu baru jek puasa ramadhan. Nini nak menyarankan orang Islam seluruh dunia dan juga diri Nini sendiri agar siapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menyambut bulan puasa versi 2011 masihi. Marilah kita berebut peluang untuk mendapatkan keberkatan dalam bulan puasa. Banyakkan buat amalan sunat seprti baca AlQuran, berzikir, bersedekah, dan yang paling penting banyakkan buat solat sunat taubat nasuha bagi yang pernah buat kesilapan. Bulan Ramadhan ni lah bulan yang paling mulia kerana pada bulan ni lah Allah SWT akan memakbulkan doa2 kita dengan segera. Tapi taubat tu biarlah betul2 taubat dan ikhlas. Jangan ulangi kesilapan yang lalu ok?
so, welcome to Ramadhan ! ^_^