Ahad, 18 Disember 2011

Merempit kembali Menyengat!

Assalamualaikum...

Hah, tengok tittle yg saya tulis mesti banyak soalan-soalan yang korang fikir pasal saya kan. Budak ni merempit ke? Minah ni minah rempit ke? Pakai jek tudung tapi biar betul dia ni merempit? Perempuan ni kapel dengan budak rempit ke...(ye, ye, jek..kot2 korang tak tanye langsung!)

Sebenarnya, bukan saya yg merempit. Bukan juga keluarga saya atau kawan2 yg merempit. Tengoklah diri saya macam mana, pakai tudung lepas tu nerd pulak. Tak layak untuk digelar minah rempit. Tak sesuai bak kata kak Engku. Baru nak naik moto dah tergolek jatuh sebabnya rabun. Tak pernahlah nampak atau terfikir budak perempuan pakai tudung merempit. 

Sebenarnya, bukan itu yg saya mahu cerita. Saya nak share lah pengalaman saya tengok budak-budak merempit kat jalan raya. Live pulak tu! Peristiwa tu semalam, time saya ikut mak dengan abang no 2 saya pergi Simpang Renggam. Saya dengan diorang baru jek keluar dari kedai dah bunyi pprrrrrreeeeeettt! ppprrrreeeettt! Memang bingit ar. Semua orang lalu lalang mnyaksikan 'acara' tu. Free lagi. Hehehe... 

Ramai ar yang ambil bahagian dalam 'acara' merempit tu. Yang gelikan hati saya, diorang ni buat siang-siang hari. Selalunya malam kan kalau nak merempit, tunggu orang semua tidor, jalan lenggang tanpa kenderaan semua. Tapi ni tak. Memang cari nahas budak-budak ni.

Dahlah diorang ni merempit juga kat depan balai polis. Bila abang2 polis ni dengar bunyi bising motor, apalagi, abang2 polis ni letak penghalang yang selalu orang guna buat baiki jalanraya. (Saya lupa nama tu, sorry..:)) Adalah beberapa abang polis tunggu kat jalan tu. Tapi mat2 rempit ni bukannya bodoh. Bila nampak ada mat2 polis tengah tercegat kat jalan raya, diorang belok ke selekoh nak ke Renggam. Abang2 polis mula melopong, tak dapat tangkap mat2 rempit ni. 




p/s : gambar di atas hanya rujukan sahaja. 



gambar di atas juga sama. Gambar2 ini menunjukkan mat2 rempit sedang menunjukkan skill nya dalam perlumbaan haram. 

Lepas sahaja saya, mak saya dan abang saya ondaway balik ke Renggam, kitorang nampaklah banyak kereta berhenti dan parking kat tepi jalan. Tertanya-tanya juga kenapa. Ada kemalangan ke? Orang-orang pun turun lepas tu semua mata pandang ke arah gaung sebelah kiri jalan. Pelik juga time tu. Then, nampaklah sebuah lori trailer dah terbalik jatuh ke dalam gaung. Memang shock lah saya. Dahlah besar lori tu. Panjang lagi. Bila pikir2 balik yang sekumpulan mat2 rempit lalu jalan tu, tak mustahil diorang punya kerja. Yelah, kalau mat rempit mesti bawa motor laju kan. 

Kita boleh bayangkan macam ni.  Diorang bawa moto laju2, buat jalan tue mcm diorang jek yg bayar cukai, then, datang sebuah lori panjang di hadapan diorang and pemandu lori tu tak dapat nak elak ke,mengantuk ke, hilang pertimbangan ke, terkejut dengan kehadiran 'wira2' jalan raya tue ke lalu...dush! Terjunam jatuh gaung.


lebih kurang mcm nie lah gaya lori tue terbalik.

Memang kesian lah tengok lori tue. Maksud saya pemandu nya. Orang tak bersalah dan tak ada kena mengena langsung dalam dunia merempitan (habis perkataan saya rosakkan!) ni yang menjadi mangsa kemalangan buatan kerja2 rempit. 

Kadang-kadang saya terfikir sejenak. Mat2 rempit ni tak kesian ke tengok mak ayah diorang yang berhempas pulas membesarkan diorang? Kalau yg datangnya dari keluarga kaya, berada, takpalah. Tapi kebanyakkannya dari keluarga yang miskin. Tak sedih ke kalau mak bapak diorang tahu yang anak2 nya cemerlang di jalan raya dengan merempit sana sini?! Tak pernah terlintas ke tentang hal mak bapak?! 

Dan tak pernah ke rasa takut kalau2 terjebak dalam kemalangan jalan raya. Patah tangan, kaki, leher semua. Itu kira ok lagi. Kalau sampai masanya ajal menjemput time kemalangan tu? tak sempat nak bertaubat. mati katak lah nampaknya. 








Ni antara kesan2 mereka yang terjebak dalam gejala merempit sehingga kemalangan ngeri. Menakutkan!

Saya haraplah sangat2 jangan seksa diri sendiri dengan merempit. Lagipun takda faedahnya merempit ni. Buang duit, masa dan tenaga jek. Lagi satu, buang kasih sayang yang diberi orang tua mereka sendiri. 

Kemalangan ketika merempit juga dianggap bunuh diri. Ingat, bunuh diri amat dibenci oleh Allah swt. Seksanya amat pedih di neraka kelak. Renung2kanlah ya...

Assalamualaikum..:-)

Rabu, 14 Disember 2011

Senaman 1 Riadah yang Sihat

Assalamualaikum...

Saya baru balik dari bersenam. Just jogging jek. Mujurlah rumah dekat dengan taman rekreasi, bolehlah bersenam. Tapi, saya actuly dah lama tak bersenam. Biasalah, manusia nie suka bermalas-malasan (diri saya). Cakap jek nak bersenam tapi bangun pun lambat(jgn salah sgke, solat subuh ttp diutamakan). Hari ni tak tahulah kenapa saya macam rajin sangat nak jogging, mybe berat badan dah naik kot?! hehe...

Ok, sebenarnya tahukah anda, mengikut sumber2 yg boleh dipercayai, bahawa bersenam ni dapat meningkatkan kelembutan otot dan membina kekuatan otot. Maksudnya, dapat mencegah kecederaan). Selain itu, dapat menguatkan tulang2 dan sendi kita. Jantung juga dapat bekerja dengan lebih cepat ketika bersenam ataupun jogging bermaksud kita dapat meningkatkan fungsi jantung dan seterusnya paru-paru dan peredaran darah.

Tahukah anda juga , apabilaa peredaran darah meningkat, kadar nadi turut meningkat dan mencegah pengerasan arteri dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi.Arteri yang keras merupakan punca utama darah tinggi dan boleh membawa kepada penyakit strok. Dengan bersenam juga kita dapat meningkatkan keupayaan badan untuk mengawal paras glukosa. Selain itu juga, bersenam dapat menurunkan berat badan dan mencegah kegemukan atau nama saintifiknya obesiti (So, takdalah nampaak chubby sangat! heehee).

Selain berjogging, kita juga boleh melakukan aktiviti lain untuk menyihatkan tubuh badan, antaranya berbasikal, berenang (bagi yg tahu berenang), mendaki gunung, berjalan kaki dan sebagainya.

Mengikut sumber rujukan : majalah harmoni (bil 138), berbasikal dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutama dibahu dan juga pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan. berbasikal juga dapat mengeluarkan peluh Pengeluaran peluh ini sekaligus membawa keluar segala racun toksik yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kita kembali muda.

Kajian oleh British Medical Association, mendapati berbasikal amat sesuai untuk pesakit bronchitis dan asma kerana keupayaannya dapat menigkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi mnerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur seseorang. Senaman ini dapat merawat artritis dan juga dapat mengembalikan mood kita yang sudah hilang serta merehatkan minda.

Begitu juga dengan aktiviti2 lain. Sama kepentingannya keselurahannya. Jadi, jangan bermalas-malasan untuk bersenam. Sebelum penyakit mula datang, eloklah kita mengelakkannya.

Salam ukhuwah daripada saya..^_^

Ahad, 11 Disember 2011

Sana Sini Situ

Hari ni, saya dengan emak pergi ke majlis perkahwinan anak kawan mak. Actually, pelukis pelan rumah mak saya dulu. Anak ketiga kot yg kahwin ni (main gak2 jerk.) Simple saja majlisnya tapi meriah. Apa yang interesting nya, pengantin perempuan tunggu pengantin lelaki di luar. Mula-mula tue ingatkan kakak pengantin sebab sebelum nie ade juga anak pelukis pelan rumah nie yg kawin. Pengantin perempuan ni pun bajunya simple sgt. Pakai baju kurung moden warna coklat keemasan. Bila pihak lelaki dah sampai, pengantin perempuan ni yg sambut suaminya. Then, jalan beriringan. Takda pengapit.. Persandingan pun takda juga. Datang-datang terus makan beradap. Sederhana sangat tapi meriah.

Saya dengan mak pun sederhana jek. Datang, makan-makan, salam dengan tuan rumah then balik. Lagipun cuaca mendung takut hujan pulak.

Kat bawah ni saya selitkan sekali gambar saya dengan emak tersayang.



wajah huduh ku selepas pergi majlis perkahwinan

only two..^_^

mak saya yg drive kete..



Sabtu, 10 Disember 2011

Gerhana Bulan...Subhanallah Allahuakbar !

Alhamdullillah...hari ni saya dapat tengok gerhana bulan. Dari bulan tu terang, separuh terang(b'mulanya gerhana), gelp gelita hinggalah bulan tu terang balik. 1st time saya dapat tengok gerhana bulan. Memang indah. Tiada yang indah hari ini selain dapat menyaksikan peristiwa tersebut. 
Lepas tengok bulan tue dah jadi gerhana, saya sempat pergi sembahyang sunat gerhana bulan. Sembahyang ni pun kali pertama buat dlm hidup..Time berdoa tue saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi  mata dan penglihatan yang jelas (walaupun pakai spec) untuk melihat ciptaan Dia yang sungguh perfect! Memang besar ciptaan Tuhan sampai aku menangis gembira. Hehe...
Apa-apa pun memang Subhanallah dengan peristiwa gerhana bulan tadi. Seriously, I speechless until right now. So amazing ciptaan Allah SWT.

Ahad, 4 Disember 2011

Dah lama x update kat blog nie...actually ade masa tp jemari nie rase mcm mls pulak nak tulis ape2 kt blog..(kalu mcm tu baik xpyh ade blog!) Hari nie just jek isi mase kjp sblm tidur..aku nak ckp pasal pasal hijrah, berubah, perubahan dan akan berubah.

Keempat-empat perkataan di atas sama jek kan maksudnya. Hijrah, Berubah...takda beza pun. Semua maklum kita sbg org Islam dah masuk thn baru dlm kalendar Islam. Dah 1433H..tinggal beberapa minggu lagi, tahun baru pula datang, tahun 2012. Semua orang ada azam baru, semua orang nak mengecapi azam tu spya jadi satu kenyataan. Satu azam mereka, nak berubah. Berubah ni ada mcm2 jenis, antaranya nak berubah dari jahat ke baik, malas ke rajin, dan sebagainyalah. Aku pun satu antaranya nak berubah tp aku xtau nak berubah mcm mana. Aku tahu kalau nak berubah perlu buat pengorbanan. Kadang-kadang tu tak sanggup nak korbankan. Misalnya nak berjaya dlm exam so kena korbankan tengok tv, main fb, buat kerja2 yang sia and so on. Smtimes tue xsume org dpt korbankan untuk die berjaya. Masih ambil sambil lewa. Org kate omong kosong. Cakap jek lebih tp xbuat. Pandai cakap jek tp nak buat, hampeh! Mcm2 lah org sekeliling cakap. Itupun masuk telinga kanan, kuar telinga kiri.

Bile pikir balik, aku pun tergolong dlm apa yang aku cakap tue..ngee! AKu xtaulah nak wat cam ne. Terasa diri nie mcm nak buat satu penghijrahan tp mcm ade jek halangannya. Aku cuba untuk lebih rajin dari hari2 sebelumnya. Aku cuba buat lebih baik dari hari2 sebelumnya juga. Tapi aku takut kalau penghijrahan aku hanya setakat tue jerk..mcm buat skejap pastue buat balik perangai lame. 

Aku nxt year dah stpm. Masih banyak topic yang aku tak kuasai sepenuhnya. Sebelum cuti sekolah hari tu confident jek muka ckp dgn membe , nak study btul2 time cuti nie. Minggu pertama mesti dah study tapi..?? satu pun xla! Nie dah masuk minggu keempat cuti persekolahan, masih di awang2awangan honeymoon 2011.  Belajar pun time ikut seta study group dgn membe jek lah..

So, mmg benarlah, nakkan perubahan kena ada pengorbanan yang mesti dilakukan. Begitu juga dgn kejayaan. Kalau nakkan kejayaan berpihak kpd kita mesti juga perlu buat pengorbanan dari segi masa yang pntglah. 

Actually, pg td aku study ngn kawan2 aku ; Paan dengan Bakthiar kt umah Bakthiar. Bakthiar ni , pada aku suke bergurau dlm apa jua keadaan sekalipun sampaikan family dia pun xthn dgn perangai dia. Bukannyer ape, pasal dia mls nak belajar. kitorg dah cube advise die tp still nak bergurau. Bile mak dia cakap dgn kitorang psl die ni and citer pasal kehidupan mereka yg serba kekurangan dgn mak die ade penyakit, terdetik hati aku untuk berubah. Aku berfikir juga, perangai aku sama mcm Bakthiar actlly tp mybe nasib aku lbh baik. Kalau nak dibandingkan dgn dia, aku jauh hdup lbh sng tp aku mcm endah x endah psl soal study nie. Sb tue bile mak die buka mulut pasal keluarga diorg yg xsebrapa n then ckp kalau die mati dulu, sapa nak jaga Bakthiar n adik die, aku mula fikir pasal aku. Insaf tue mst ade tp bila aku nak mulakan perubahan. Aku nak bahagiakan mak aku. Aku cuba beri kebahagiaan untuk mak aku. Aku nak berjaya dlm hidup. Aku nak kejar impian aku. 

Aku cuba buat perubahan dlm hidup. InsyaAllah, aku akn jaga hubungan aku dgn Tuhan yang menjadikan aku dan memberi roh dlm jasad aku firstly and second, jaga hubungan dgn manusia. Aku akan cuba buat. InsyaAllah.