Sabtu, 28 Julai 2012

Tazkirah Ramadhan 2 - Khasiat buah Kurma

Assalamualaikum, selamat berpuasa kepada mereka yg beragama Islam..=)

Alhamdulillah, berjaya kita berpuasa selama 8 hari. Syukur........dah seminggu kita berpuasa di bulan keberkatan ini. Alhamdulillah juga, hari nie Nini berpeluang menulis untuk tazkirah Ramadhan yang seterusnya.

Sebelum tue, Nini nak cakap, pagi tadi hinggalah tengahari, Nini dan rakan2 telah pun menduduki peperiksaan MUET 2012. Terketar2 juga Nini. Ada 3 paper hari nie ; reading, writing dan listening. Memang nervous juga. Walau bagaimanapun,Nini tawakal kepada Tuhan dengan usaha yang Nini berikan. InsyaAllah dan mudahan Nini dapat band 3 untuk MUET 2012.

Baiklah, balik semula ke tajuk kita. Hari nie Nini nak berkongsi ilmu tentang buah kurma.

 kurma ajwa

 kurma mariami

kurma safawi


kurma yusuf taiyub

Pelbagai jenis kurma di dunia nie. Ada kurma yusuf taiyub, mariami,safawi dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan buah kurma dan puasa tidak dapat dipisahkan,sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi kurma telah menjadi amalan ketika berbuka puasa. Kalau berbuka puasa dengan buah kurma juga kita boleh memperoleh pahala sunah. Senangkan dapat pahala di bulan ramadhan ini..? =)
Namun, tahukah anda bahawa buah kurma yang selalu kita makan ketika berbuka itu mempunyai seribu satu khasiat dan amat baik untuk kesihatan tubuh? Nini ada sediakan fakta tentang khasiat buah kurma yang diambil daripada .com, utusan malaysia, 28 Julai 2012.

1. Kurma mempunyai kandungan tenaga yang tinggi serta dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal.

2. Penghidap kencing manis boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa.

3. Sebiji kurma sudah cukup untuk memberi anda tenaga, serat, vitamin dan mineral serta amat baik bagi  mereka yang berdiet.

4. Kurma mampu mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

5. 100g kurma segar mengandungi sumber vitamin c dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga. (960 kJ).

6. Kurma juga dapat mengelak penyakit barah, merawat buah pinggang, melancarkan perjalanan darah dan mencuci hati.

7. Bagi mereka yang menghidapi sakit kerongkong, selsema, demam dan masalah insomnia dapat diubati dengan memakan buah kurma.

Jadi, apa lagi, makanlah buah kurma sebanyak yang mungkin dalam bulan puasa ini. Selain mendapat pahala sunah, tiada penyakit akan melanda diri kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah, Nini akan sambung lagi tazkirah Ramadhan di lain hari dengan ilmu yang baru pula, ya.

Selamat berpuasa, Assalamualaikum.




Khamis, 26 Julai 2012

Tazkirah Ramadhan 1

Assalamualaikum....

Harini Nini nak kongsi sedikit ilmu yg telah diberikan oleh cikgu2 Nini ketika tazkirah Ramadhan dijalankan sepanjang minggu nie. Tazkirah yg diberikan cukup bermakna dan sebagai ilmu walaupun hanya 20 minit! Tak salahkan kalau Nini nak kongsi pasal ilmu agama......=D Kat bawah nie tazkirahnya.

10 Ramadhan pertama, Allah SWT menjanjikan kerahmatan.
10 Ramadhan pertengahan, Allah SWT menjanjikan keampunan.
10 Ramadhan terakhir, Allah SWT menjanjikan ketakwaan (Allah akan jauhkan kita dari api neraka)

(seandainya ilmu yg diberikan ini trdapat salah maklumat, maafkan saya)

Melalui surah al-Luqman, meriwayatkan bahawa KITA (MANUSIA) adalah FAKIR. Kenapa???
Sebab..
1. Tipis IMAN
2. Lemahnya AKAL
3. Hilangnya KEHORMATAN diri.

Kemudian,

Golongan yang DIRINDUI oleh SYURGA ketika bulan Ramadhan adalah GOLONGAN :
1. Berpuasa dengan penuh ikhlas
2. Membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul
3. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
4. Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang buruk.

Nini harap dengan ilmu yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang membaca. Ahkir kalam, selamat berpuasa!

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan al-Mubarak menjelma kembali


Hari nie 1 Ramadhan. Alhamdulillah kepada Pencipta kerana memberi peluang sekali lagi untuk menyambut Ramadhan untuk tahun ini. Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk kita sebagai manusia untuk memperbetulkan diri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala ibadat sunat serta berdoa sebanyak mana kerana pasti Allah memakbulkan doa kita. Apa yang Nini harapkan semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu nikmat kepada Nini dan keluarga di samping dapat menghindarkan diri daripada segala kemungkaran. InsyaAllah, amin...=)