Keempat-empat perkataan di atas sama jek kan maksudnya. Hijrah, Berubah...takda beza pun. Semua maklum kita sbg org Islam dah masuk thn baru dlm kalendar Islam. Dah 1433H..tinggal beberapa minggu lagi, tahun baru pula datang, tahun 2012. Semua orang ada azam baru, semua orang nak mengecapi azam tu spya jadi satu kenyataan. Satu azam mereka, nak berubah. Berubah ni ada mcm2 jenis, antaranya nak berubah dari jahat ke baik, malas ke rajin, dan sebagainyalah. Aku pun satu antaranya nak berubah tp aku xtau nak berubah mcm mana. Aku tahu kalau nak berubah perlu buat pengorbanan. Kadang-kadang tu tak sanggup nak korbankan. Misalnya nak berjaya dlm exam so kena korbankan tengok tv, main fb, buat kerja2 yang sia and so on. Smtimes tue xsume org dpt korbankan untuk die berjaya. Masih ambil sambil lewa. Org kate omong kosong. Cakap jek lebih tp xbuat. Pandai cakap jek tp nak buat, hampeh! Mcm2 lah org sekeliling cakap. Itupun masuk telinga kanan, kuar telinga kiri.
Bile pikir balik, aku pun tergolong dlm apa yang aku cakap tue..ngee! AKu xtaulah nak wat cam ne. Terasa diri nie mcm nak buat satu penghijrahan tp mcm ade jek halangannya. Aku cuba untuk lebih rajin dari hari2 sebelumnya. Aku cuba buat lebih baik dari hari2 sebelumnya juga. Tapi aku takut kalau penghijrahan aku hanya setakat tue jerk..mcm buat skejap pastue buat balik perangai lame.
Aku nxt year dah stpm. Masih banyak topic yang aku tak kuasai sepenuhnya. Sebelum cuti sekolah hari tu confident jek muka ckp dgn membe , nak study btul2 time cuti nie. Minggu pertama mesti dah study tapi..?? satu pun xla! Nie dah masuk minggu keempat cuti persekolahan, masih di awang2awangan honeymoon 2011. Belajar pun time ikut seta study group dgn membe jek lah..
So, mmg benarlah, nakkan perubahan kena ada pengorbanan yang mesti dilakukan. Begitu juga dgn kejayaan. Kalau nakkan kejayaan berpihak kpd kita mesti juga perlu buat pengorbanan dari segi masa yang pntglah.
Actually, pg td aku study ngn kawan2 aku ; Paan dengan Bakthiar kt umah Bakthiar. Bakthiar ni , pada aku suke bergurau dlm apa jua keadaan sekalipun sampaikan family dia pun xthn dgn perangai dia. Bukannyer ape, pasal dia mls nak belajar. kitorg dah cube advise die tp still nak bergurau. Bile mak dia cakap dgn kitorang psl die ni and citer pasal kehidupan mereka yg serba kekurangan dgn mak die ade penyakit, terdetik hati aku untuk berubah. Aku berfikir juga, perangai aku sama mcm Bakthiar actlly tp mybe nasib aku lbh baik. Kalau nak dibandingkan dgn dia, aku jauh hdup lbh sng tp aku mcm endah x endah psl soal study nie. Sb tue bile mak die buka mulut pasal keluarga diorg yg xsebrapa n then ckp kalau die mati dulu, sapa nak jaga Bakthiar n adik die, aku mula fikir pasal aku. Insaf tue mst ade tp bila aku nak mulakan perubahan. Aku nak bahagiakan mak aku. Aku cuba beri kebahagiaan untuk mak aku. Aku nak berjaya dlm hidup. Aku nak kejar impian aku.
Aku cuba buat perubahan dlm hidup. InsyaAllah, aku akn jaga hubungan aku dgn Tuhan yang menjadikan aku dan memberi roh dlm jasad aku firstly and second, jaga hubungan dgn manusia. Aku akan cuba buat. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan