Rabu, 14 Mac 2012

Buku Panduan Menulis Cerpen ^^

Semalam Nini pergi Kluang Mall dengan my heroes (mak Nini & abg 2nd Nini) :)
Saje jek jalan2...time cuti sek nie lah ade mase nak jalan2...naik sek nnt mane sempat..jln naik turun tangga pergi kelas ade lah..hehe..^;^

First place Nini jejakkan kaki kedai BUKU POPULAR ! Tempat nie mmg WAJIB Nini pergi. At least kalau tak beli buku pun just tengok2 barang kat kedai buku tu. Tengok pi tengok ade lah buku yang Nini tibe2 berkenan nak beli.

Ini bukunya.....

Buku Panduan Menulis Cerpen

Mesti pelik kan kenapa Nini beli buku nie...kenapa tak beli buku sek ke, yelah kan Nini nak STPM hujung tahun 2012 nie...Nini nak jadi penulis cerpen ke?

Jawapannya, Nini saja beli buku nie. Untuk korang tahu, Nini memang minat dalam penulisan kreatif (hanya cerpen dan novel). Buku nie Nini memang dah lama aim kat kedai Buku Popular. Semalam baru dapat beli. Hehe....

Buku nie ditulis oleh JASNI MATLANI; Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Beliau merupakan karyawan tersohor dalam dunia penulisan cerpen. Beliau juga adalah Yang Dipertua Badan Bahasa dan Sastera Negeri Sabah.

Buku Panduan Menulis Cerpen tak sempat Nini nak habiskan membacanya. Separuh Nini dah baca. Baru bahagian 1. Dalam bahagian 1 terkandung pelbagai persoalan dan bab.

Buku Panduan Menulis Cerpen nie membantu penulis dalam menguasai 5 langkah untuk menjadi penulis unggul. (Jasni Matlani berkata)
Langkah 1 : Menjana cerpen yang mencetuskan rasa mahu yang mendalam oleh penerbit dan pembaca.
Langkah 2 : Cetusan 'situasi magnet' yang mengikat pembaca apabila membaca cerpen kita pada kali pertama
Langkah 3 : Cipta ikatan emosi penulis dan pembaca yang mencipta gelombang rasa yang sama. Bayangan cerita jelas di depan mata.
Langkah 4 : Pecahkan tembok halimunan yang menyekat kreativiti karya. Cipta banjir idea yang membawa barisan cerpen berkualiti tinggi.
Langkah 5 : Naikkan potensi dicetak oleh media tempatan dengan strategi pilih dan kirim.

Buku nie membantu Nini dan juga pembeli buku ini untuk menjadi seorang cerpenis yang unggul dalam menghasilkan karya-karya tersendiri dengan baik dan berkesan. Hasilnya akan sampai kepada pembaca.

Kepada ANDA semua yang berniat sama seperti Nini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki  BUKU PANDUAN MENULIS CERPEN di kedai buku yang berhampiran. Selagi stok masih ada. ^_^














Tiada ulasan:

Catat Ulasan